CARA-CARA MENGARANG /
STRATEGI MENULIS
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
· Baca dan fahami setiap
tajuk / soalan yang diberi.
· Fahami bentuk soalan
sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
· Kamu mesti memilih
soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
· Memahami benar-benar
kata kunci atau kehendak soalan
Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk?
Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah:
CONTOH 1:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
CONTOH 2:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.
Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
· Pilih mana-mana kaedah
yang mudah bagi anda mencari isi
· Senaraikan semua isi
penting secara ringkas yang mungkin.
· Susun isi mengikut
urutan kepentingannya.
· Masukkan huraian serta
contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
· Isi penting jangan
diulang-ulang
c. Menulis karangan
· Semasa menulis
karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
· Setiap isi yang
dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
1.
Perenggan Pendahuluan
2.
Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
3.
Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
4.
Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
5.
Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
6.
Perenggan Penutup
· Tulislah mengikut
urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
· Setelah habis menulis
karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang
jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang
salah dan aspek tatabahasa yang lain.
· Baca berulang kali
bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
· 4 minit mencari isi
· 24 minit menulis
karangan
· 2 minit menyemak
semula karangan
· Jumlah = 30 minit
Tips Pengurusan Masa:
Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain
· Kamu mesti menepati
masa yang ditetapkan.
· Adalah diingatkan
jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit
beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua
soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat.
· Kamu digalakkan
menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini
kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
· Biasakan diri kamu
mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
· Satu perenggan
biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:
Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.
Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk
"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.
PETUA BILA MENULIS KARANGAN
· Perlu memahami
betul-betul kehendak soalan.
· Catatkan apa sahaja
isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih
penting.
· Tuliskan karangan
berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
· Karangan mestilah
mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
· Bagi karangan meminta
fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi )
dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
· Gunakan ayat yang
pendek dan bahasa yang mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan