Defini.
Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa.Bidang bahasa dilakukan melalui dua cara iaitu cara perkataan tersebut dibentuk daripada bunyi - bunyi bahasa dan cara perkataan - perkataan tersebut disusun menjadi ayat.Selain daripada itu , bidang huraian pada peringkat perkataan dipanggil Morfologi manakala peringkat ayat dipanggil Sintaksis.
1 ) Morfologi
Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman.
1 ) Morfologi
- Bidang yang mengkaji struktur kata , bentuk kata dan penggolongan kata.
- Struktur kata : susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang ( dalam tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna
- Bentuk kata : sesuatu unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal yang dihasilkan melalui proses pembentukan kata seperti proses pengimbuhan , pemajmukan dan penggandaan .( contoh : pengimbuhan - perumahan , pemajmukan - rumahtangga , penggandaan - rumah - rumah )
- Penggolongan kata : proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan /atau fungsi dengan perkataan lain dalam golongan yang sama .
2 ) Sintaksis
- Bidang yang mengkaji proses pembinaan ayat / mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa .
- Jenis sintaksis :
- Ayat - Unit pengucapan yang paling tinggu letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap .Contoh : Murid itu sedang membaca buku .
- Binaan ayat - sesuatu susunan yang terdiri daripada susunan beberapa rangkai kata yang dikenali sebagai unsur atau konstituen.Contoh perkataan yang mempunyai dua konstituen : Pelajar itu | Berdiri
- Subjek Predikat - subjek ialah judul atau unsur yang diterangkan / predikat ialah unsur yang menerangkan subjek. Contoh : Dia | kerani ( Dia = subjek / Kerani = Predikat )
- Klausa - unit rangkaian yang mengandungi konstituen subjek dan konstituen predikat.Klausa ada dua iaitu klausa bebas ( boleh berdiri sendiri ) dan klausa tak bebas ( .tidak dapat berdiri sendiri ).Contoh : Kamu berani = klausa bebas / menaiki kapal terbang = klausa tak bebas )
- Frasa - unit yang boleh terdiri daripada sesuatu yang mengandungi sekurang - kurangnya dua perkataan atau satu perataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.Contoh : Orang tua itu | sedang tidur.
- Ayat dasar dan ayat terbitan - Ayat dasar dikenali sebagai ayat inti.Ayat terbitan ialah ayat baharu yang terbit daripada ayat dasar melalui beberapa proses tertentu seperti peluasan , penggantian , pengguguran atau penyusunan semula .Contoh : Ali membaca buku cerita = ayat dasar / Buku cerita tidak dibaca oleh Ali = ayat terbitan.
3)Fonologi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan