-->

Golongan Kata

KATA NAMA 
 
Nama Am
- Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
- Contoh : Ayam , bapa ,Betik , Pen , sekolah .
   
Kata Nama Khas 
- Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
- Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
- Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
 
Kata nama Terbitan
-Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
-Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )= Contoh : Memakan 
          di akhir kata ( akhiran ) = Contoh : Makanan 
          di awal dan di akhir kata ( apitan) = Contoh : Pemakanan
 

Kata Ganti Nama
  1. Kata yang mengantikan kata nama am atau kata nama khas.
  2. Contoh kata ganti nama :
-          tunjuk – itu, ini, sana, sini dan sebagainya.
-          diri tanya – apa, siapa, mana dan sebagainya.
-          diri orang pertama – aku, beta, patik, saya, kita, kami.
-          diri orang kedua – anda, awak, engkau, kamu, kalian.
-          diri orang ketiga – beliau, dia, mereka, -nya.
 Kata Kerja
  1. Sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.
  2. Terbahagi kepada 2 iaitu :
-          kata kerja transitif.
-          kata kerja tak transitif.


Kata Kerja Transitif

  1. Kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya.
  2. Terbahagi kepada 2 iaitu :
-          kata kerja transitif aktif – Abang melukis potret bapa.
-          kata kerja transitif pasif – Potret bapa dilukis oleh abang.

  1. Kata kerja transitif aktif boleh mengugurkan objeknya seandainya kata kerja tersebut membawa makna adjektif.
  2. Contohnya :
-          Kebersihan bandar raya Shah Alam mengagumkan kami. Kebersihan bandar raya Shah Alam mengagumkan.
-          Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan ibu. Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan.

Kata Kerja Tak Transitif

  1. Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
  2. Kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.
  3. Terbahagi kepada 2 iaitu :
-          kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. 
-      kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

  1. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikut pelengkap.
  2. Dapat dibuktikan menerusi penggunaan dalam ayat :
-          Kakak sedang menari.
-          Buah bacang itu gugur.
  1. Boleh ditambah dengan unsur keterangan seperti berikut :
-          Kakak sedang menarai di hadapan cermin.
-          Buah bacang itu gugur sejak semalam.

 Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

  1. Memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
  2. Unsur – unsur yang boleh menjadi pelengkap terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
  3. Contohnya :
-          pelengkap kata adjektif – Kesihatan bapa bertambah baik.
-          pelengkap frasa sendi nama – Cikgu Laila tinggal di Hulu Dong.
-          pelengkap kata nama – Budak itu berselimutkan gebar.



 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan