-->

Rabu, 28 November 2012


CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2

·  Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
·  Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
·  Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
·  Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan


Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk?



Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah:

CONTOH 1:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.

CONTOH 2:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.


Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.


b. Menyusun rangka karangan

·  Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
·  Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
·  Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
·  Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
·  Isi penting jangan diulang-ulang


c. Menulis karangan

·  Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
·  Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
1.     Perenggan Pendahuluan
2.    Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
3.    Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
4.    Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
5.    Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
6.    Perenggan Penutup
·  Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan

·  Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
·  Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.


e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan

·  4 minit mencari isi
·  24 minit menulis karangan
·  2 minit menyemak semula karangan
·  Jumlah = 30 minit


Tips Pengurusan Masa: Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain

·  Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
·  Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.



Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat.

·  Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
·  Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
·  Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.


Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:

Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus

"Kamu baru pulang ?"

"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."

"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.


Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk

"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.




PETUA BILA MENULIS KARANGAN

·  Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
·  Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
·  Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
·  Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
·  Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
·  Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

Khamis, 22 November 2012

Assalamualaikum ,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah ,bersyukur saya ke hadrat ALLAH SWT kerana dengn izinNya dapatlah saya menyiapkan Blog Bahasa Melayu ini.Terima kasih juga kepada Mohd.Hairi Wafiy yang banyak membantu,rakan-rakan serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan KRT 3013.Harapan saya,semoga kandungan di dalam blog dapat membantu anda semua dalam memperoleh ilmu dan saya berbesar hati sekiranya anda juga dapat mengongsikan ilmu anda kepada saya..            

"Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung,Manakan Dapat Sagunya"

~Pray For GAZA~

Sertai facebook saya disini .